Sabtu, 11 Februari 2012


Teknik Popping

Teknik popping merupakan teknik yang mampu memacu adrenelin, ini akan mula terhasil apabila pemancing melihat predator mengejar popper, menghantam lalu melarikan popper dengan rakus. Ketika itu predator akan lari dengan kecepatan tinggi sehinga mengeluarkan main line dari spoll rell. Disaat inilah semuanya diuji baik dari fizikal pemancing, ikatan, dan setup yang digunakan.
teknik ini mampu memberikan kejutan ketika predator melahap popper, bayangkan anda sedang menarik popper secara perlahan dan dari belakangnya muncul seekor ikan yang secara tiba-tiba menghantamnya, selain menimbulkan percikan air, badan anda ditarik dan strike ini akan membuat anda “kaget” dan ia dapat memacu adrenalin anda ketika joran anda mulai melentur serta reel anda mulai bernyanyi. Lazimnya mangsa akan terkejut dan larian pertamanya akan menyebabkan drag berbunyi nyaring. Pada saat in pemancing harus mengenakan fighting belt untuk mengelakkan sakit pinggang!
Apa itu Popping
Popping merupakan salah satu teknik pancingan yang mengunakan “Artificial Lure” yang disebut popper. Teknik popping ini digunakan oleh pemancing untuk menjerat spesis-spesis tertentu dan dilokasi lokasi yang telah dikenalpasti. Perbedaan casting dengan teknik popping adalah terletak pada perbedaan kelas set yang digunakan seperti contoh casting lebih mengunakan aksi ringan.
Manakala popping di definasi menjurus kepada aksi yang lebih berat, kasar dan kelengkapan setting yang lebih besar. Teknik ini akan mensasarkan spesies yang gemar menghantam mangsa dipermukaan air. Dengan bunyi pop yang dihasilkan ia akan menarik perhatian predator. Walau bagaimanapun teknik ini boleh juga di aplikasikan dengan mengunakan popper jenis Pencil atau Swimbait (swimmer stick bait).
Lazimnya ikan yang ditarget adalah berdasarkan lokasi yang dituju seperti contoh lokasi berstruktur karangan tinggi, gunung lautan, karangan cetek, Atolls(coral island), drop off (island, coral) dan highway(migration roads). Diantara spesis yang sering tertangkap dengan teknik popping ini adalah seperti ikan Giant Trevally (GT) , ikan Tuna (YFT, DogTooth, skipjack), Tengiri, Wahoo, Bill fish dikawasan unjam, drop off, highway dan ikan karangan seperti kerapu dan bass dikawasan coral cetek. 
Untuk teknik  ini umpan (Popper) akan dilontarkan dalam jarak dan point tertentu (CAST), lalu ditarik (RETRIEVE) agar umpan meyerupai gerakan ikan, sotong atau apa saja mangsa dengan menimbulkan riak air (splashing) pada permukaan air seolah-olah mangsa sedang bermain main dipermukaan air. Sebagai contoh dengan bunyi pop yang dihasilkan chugger ia akan segera menarik perhatian ikan untuk mengejarnya. 
Selain mampu menarik perhatian predator, setting dan persiapan juga harus dilaksanakan bergantung kepada ukuran predator yang ditargetkan. Bagi popping aksi berat, semuanya harus diberi perhatian baik dari segi reel, rod, tali utama, leader, mata pancing dan lain lain.
Dalam hal ini, umpan buatan yang disebut popper sangat menentukan hasil tangkapan dan bilangan strike. Pemilihan popper ini harus dilakukan dengan baik dan disesuaikan dengan target dan lokasi pancingan (fishing spot and area/zone). Popper akan dihasilkan dari kayu keras yang dibentuk bentuk mengikut gaya renangan dan percikan yang dikehendaki. Selain gaya renangan, ia juga akan dihiasi dengan pelbagai warna dan stiker bagi menarik perhatian predator.

Popper yang biasa di gunakan terbahagi dalam tiga jenis yang utama yaitu:

1.Chugger/Splashing:
Popper  jenis ini mempunyai bentuk sedikit pendek, dengan kepala besar dengan permukaan mulut cengkung yang luas. Semakin luas mulutnya semakin besar bunyi pop yang dihasilkan. Apabila dimainkan dengan baik akan menghasilkan bunyi percikan air yg cukup untuk menarik perhatian predator. Gaya permainannya adalah dengan mengulung reel secara rhythm(konstan), Retrive yang laju akan menghasilkan kesan bunyi pop bila chugger dihentak kehadapan.
Selain bunyi pop, percikan air dari mulut chugger juga akan mewujudkan gelombang dan riak air seterusnya member kesan kepada pergerakkan lure dan mampu menarik perhatian predator untuk memeriksa keadaan. Ada beberapa kaedah yang selalu diaplikasikan, ada yang ditarik dan dihentak dan ada kalanya ia ditarik dan dihentak secara perlahan, tergantung dimana popping dilakukan. biasanya menarik laju dilaksanakan dikawasan yang lebih dangkal dan berarus tenang. Ini kerana ikan begitu sensitive dengan pergerakan popper manakala gerakan perlahan dan dihentak kuat diperlukan dilokasi drop off yang dalam dan berarus kuat, agar predator mengesan popper dengan mudah.

2. Pencil:
Pencil bergerak seolah-olah ikan terbang yang bermain dipermukaan air, ia akan digulung dengan cepat. Pergerakan ini akan menyebabkan posisi sebagian pencil berada di atas permukaan air. menggulung secara terus menerus akan menyebabkan ia bergerak lurus sambil menghasilkan percikan air yang kecil seolah olah mangsa sedang melarikan diri dari sesuatu.
Popper  jenis ini punya bentuk yang panjang dan langsing serta kepala yang kecil dan ekor yg besar/berat. Apabila dimainkan dengan laju, ia akan meluncur (sesekali meloncat) di permukaan air dengan gerakan kepala yg tidak teratur, bergoyang2 atau menaik keatas dan bawah mengikut alun. menggulung secara laju sambil menyentak nyentak hujung joran secara tegak akan memaksimakan aksi renangannya. menggunakan popper pencil ini apabila berdepan dengan keadaan angin yang kuat, disamping mempunyai badan yang langsing dan mampu dilontar jauh, aksi renangannya sambil menghasilkan buih-buih halus juga menyebabkan predator mampu membedakan buih gelombang dengan buih renangan yang dihasilkan popper.

3. Swimmer (Stick Bait):
Lazimnya mengunakan gaya renangan seolah olah ikan sakit dan warna badannya memberikan kesan yang besar untuk menarik perhatian predator. Ia akan ditarik secara rithm atau ditarik terus tanpa henti.Ciri khasnya bentuk yang dibuat menyerupai ikan.Teknik retrievenya sama dengan popper pensil hanya actionnya aja yang agak berbeda dimana ia mampu tengelam didalam air sambil mempamerkan aksi renangannya.

■ Joran / Rod
Didalam pemilihan rod, menggunakan rod yang panjang untuk teknik ini. Rod yang panjang akan memberikan kelebihan kepada ayunan yang menentukan jarak lontaran popper. Makin Panjang joran, makin jauh jarak lontaran popper. Makin pendek joran makin kuat daya angkatnya. Selain itu biasanya pada joran popping akan disertakan sekali dengan spesifikasi berikut line rating, max drag/drag maksimum, max lure weight/berat maksimal lure serta rating dari joran itu(M,H, MH, H,XH dll).

Selain itu kelenturan juga sangat penting didalam pertarungan melawan dengan predator. Joran yang terlalu lembut daya lenturannya/parabolic hanya membuatkan pemancing kepenatan kerana kekurangan lifting power dan seterusnya pertarungan akan bertambah lama. dan kalau terlalu keras akan mudah mendera pinggang pemancing kerana pemancing turut sama menyerap daya tarikan predator. Namum waktu pertarungan dapat disingkatkan.

Tip/ujung joran juga memainkan peranan penting didalam memberikan aksi kepada popper, umumnya tip yang keras sesuai digunakan untuk popper jenis chuger kerana ia membenarkan pemancing menghentak keras popper lazimnya rod ini akan mempunya range PE yang kecik seperti contoh PE4-6, PE6-8, PE8-10.

joran popper jenis lembut sesuai digunakan oleh popper jenis pencil dan swimbait kerana gerakan perlahan dihujung tip memberikan aksi yang berbeda pada popper dan umumnya rod ini akan mempunyai range PE yang lebih besar seperti PE4-8, PE6-10, PE8-12.

Jadi sebelum anda membeli joran, anda harus mengetahui dulu apakah keperluan, teknik dan jenis popper yang hendak dimainkan. Ini kerana diluar sana terdapat perbagai jenis rod dan kelas yang direka khas bertujuan untuk keperluan yang berbeda beda mengikut keperluan pemancing.

Joran Popping lazimnya disediakan dengan sambungan di Butt atau di pisahkan ditengah tengah. Dengan panjang melebihi 7 kaki ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana dengan panjang yang dapat dikurangkan.

■ Reel
Untuk pemilihan reel, di sarankan agar reel dengan ratio tinggi digunakan untuk teknik popping ini. Disebabkan penggulungan menjadi perkara utama sewaktu popping, ratio tinggi akan membenarkan popper berenang dengan laju walaupun karau dibuat secara berkala. Cukupla dengan ratio 5.5:1 keatas seperti 5.7:1, 5.8:1. 6.1:1, manakala ratio kurang dari 5:1 seperti 4.9:1, 4.8:1 akan menyebabkan pemancing letih dengan boleh mengunakan ratio yang rendah kerana ia lebih kepada daya hentakan.
Selain ratio, pemancing juga boleh menyimak jumlah retrieve yang dihasilkan dari satu putaran gulunggan. Semakan tinggi nilai retrieve sesuatu reel, semakin tinggi penggulungan yang dihasilkan oleh reel tersebut.Selain ratio dan retrieve, pemancing juga disarankan untuk melihat kekuatan drag yang dihasilkannya. Bagi set popping heavy memerlukan drag melebihi 15kg. dan cukup diset pada kekuatan 11kg-12kg, mengikut kekuatan pemancing itu sendiri.

■ Tali/Line
Monofilament, cenderung digunakan untuk light setting. Tali mono bersifat elastis oleh itu ia tidak sesuai, kerana daya sentakan tidak dapat sampai sepenuhnya kepada popper.
Braided / PE:
Sangat di anjurkan untuk digunakan pada heavy setting / extreme popping.

keunggulan PE dibandingkan Monofilament:
Diameter line lebih kecil daripada Monofilament, ini seterusnya mampu menghasilkan     lontaran popper.
Tidakada stretching/reaksi yang spontan apabila proses hookup dilaksanakan.
Main line yang digunakan biasanya braided line berkapasiti PE4-PE10 bergantung pada setting dan leader yang digunakan biasa berukuran 120 lbs sampai dengan 200 lbs.

Sebelum memasukkan tali dalam reel, masalah berikut boleh juga harus di perhatikan :
1. lihat kapasiti main line yang dapat masuk dalam spool
2. perhatikan ukuran Diameter main line, agar sesuai untuk dimasukkan kedalam spool
3. Pastikan spool di minyakkan@light grease sebelum memasukkan main line.
4. Lilit, sekurang2nya 2,3 kali kesekeliling spool sebelum ikatan dibuat.
5. Boleh mengunakan ikatan apa aja asalkan kuat dan kemas, recommend " trilene @ improved Clinch @     uni Knot " kerana terdapat beberapa simpulan sebelum ikatan dimatikan.
6. Ketika masukkan tali pastikan di beritekanan pada main line agar tali tersusun rapat, jangan kemasukan main line secara terus dari luar,karena dapat menyebabkan ruang yg mengakibatkan tali terselit dicelah2 terutama pada saat drag sedang bekerja.
7. Jgn masukkan terlalu penuh sehingga spool boleh memuntahkan main line keluar terutama mengunakan mono.
8. Tinggalkan sedikit ruang untuk leader bagi pengunaan reel jigging dan popping

Kapasiti main line juga bergantung kepada ukuran reel dan ukuran PE yang digunakan. Bagi pemburuan GT dikawasan berstruktur,di anjurkan pengunaan PE yang besar minimum PE6 dengan kapasiti panjang sekitar 150m-200m. bagi pemburuan tuna cukup PE5 kerana ia lebih memerlukan main line panjang 300-400m.

■ Kelengkapan-kelengkapan lainnya:
- Glove: Ukuran tangan, Tahan air, kuat.
- Leader Line: Monofilamen, Wire, Kevlar sekiranya leader mono dogunakan, ikatan FG dilihat ikatan terbaik kerana selain kuat ia juga merupakan ikan yang kemas dan kurang buku ikatan.
- Swivel
- Split Ring: Penyambung leader ke Popper
- Cutter, pliyer : Untuk memotong wire, buka/pasang split ring, memotong main line atau leader.

Trick
Dari beberapa trip yang telah dilaksanakan untuk teknik popping, berikut terdapat sedikit info yang dapat di bagi bersama. Pernah terjadi sewaktu tengah retrieve saya melihat gerakan ikan sedang mengejar popper yang dihidangkan, kaget dengan reaksi tersebut saya berhenti mengulung dan dalam waktu yang sama ikan tersebut membuat putaran ‘U’. Ini terjadi beberapa kali.
penting buat kita meneruskan menggulung dan hentakan popper sewaktu predator mulai mengejar popper, jangan kurangkan kecepatan dan rithmnya dan selalu konstan. Selepas itu baru GTdapat tertipu dan kena. Selain itu, sewaktu kita berhasil mendapatkan perhatian ikan dan menyambar popper, janganlangsung di hookup. Ini juga dapat menyebabkan popper terbang keluar dari mulut ikan lalu ikan melarikan diri. Sebaiknya kita harus menunggu ikan menelan dan bersama sama membuat putar arah ‘U’. barulah ituhook up boleh dibuat dengan sekuat hati.

salam 
BLR FISHING CLUB

Tidak ada komentar:

Posting Komentar